Friday, March 16, 2012

Fahri...aku kangen :(
So do u think u are Aisha or Maria? ..atau Noura,atau Nurul? Please deh
Mereka wanita solehah, kecuali ketika Noura memfitnah Fahri
Aku?
Tentu saja predikat yang mulia itu kudamba
Seperti si jelita Anna Althafunnisa mahupun si cantik Ayyatul Husna

'Ketika cinta bertasbih
Hatiku berdegup merdu
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungki ku cegah'
Ahh..oh tuhanku
Jiwa kacau-bilau seperti terjadi Perang Badar
Bertenanglah hati
Akan kulindungimu meskipun tiada wakil insurans di dunia yang menjual premium untuk melindungi seketul hati

Mata terasa pedih mungkin kerana menahan ngantuk atau mungkin kelamaan menatap PC tadi
Tapi yang pasti sepasang mata ini belum mahu diajak kompromi utntuk tidur
Sms sudah berhenti berdenting
Lelaki Indo-Arab itu sudah keasyikan melayan playstationnya barangkali
Ah lelaki kalau dh jumpa video game alamatnya lupa dunia,lupa aku
Cuma teman tp sekurang-kurangnya dia sms,aku reply,aku sms,dia reply,dia sms,sms,sms
...berbanding sesetengah orang yg sengaja membiarkan orang jiwa kacau menanti smsnya ibarat menunggu durian gugur di musim bunga
'Assalamualaikum'
Jawab je 'wslm' klau memang xde masa,4 huruf je pun senang je kan nk taip,2 saat pun xsampai haihh..

Bayangan ala Farid Kamil (kata seorang kawan..ker?) itu kembali menari-nari di tirai mata
Seperti ade Tembok Besar China terlekat di muka aku,tuhan saja yang tahu betapa malunya tempoh hari ya rabbi
Tapi rindu menggebu-gebu
Oh ada-ada saja permintaan hati,tak serik-serikkah dikau?

Ya Allah tuhanku,aku mohon..namun aku sendiri tak pasti susunan kata yang tepat untuk merangkai doa yang satu ini

Dia seperti Fahri
Tuturnya yang halus,katanya yang sopan,akhlaknya yang disenangi khalayak,pendidikannya yang terpandang,ibadahnya yang kelihatannya terpelihara
Aku harus berusaha menjadi seperti Aisha untuk menjadi sekufu dengan Fahri itu ya
Meski kadangkala menjauh hati
Apa yang ku punya?
Hanya sekeping hati yang insyaallah tulus mengasihi untuk dipersembahkan,adakah cukup?

Di dunia ini sememangnya banyak sekali rahsia Allah swt yang tidak boleh difahami oleh manusia lemah sepertiku

Aisha berdoa:
"Ya Allah,kekalkan cinta kami di dunia dan di akhirat. Ya Allah,masukkan kami ke dalam syuga FirdausMu agar kami dapat terus bercinta selama-lamaya. Amin."

'Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan'

Sayup-sayup kedengaran suaranya Rossa

-Harus tidur sekarang,esok kerja,kerja adalah ibadah-