Sunday, September 14, 2014

Bodoh jam 4:30 pagi

Xblh tido, blh je sebenarnya tp sengaja membiarkan retina mata ngan serebelum tidak seia sekata Ada pakcik di rumah, happy, family bonding, tp tunggu je pasti kene soal psl kawin2, tunggu saja Seperti biasa, seperti malam2 sehari-hari bertahun-tahun lalu, ulang2 baca blog yang dah jadi muzium itu, smpi dh naik hafal setiap butir kata Sambung lak ngan ramalan bintang, saja, macam dapat kurangkan getar rindu bila buat aktiviti2 tu Haihh..kalaulah ini novel apalah agaknya kesudahan Manalah datangnya rasa tegar ni Tegar atau bodoh entah yang mana Semoga Allah selalu menjaga & melindungi kamu Ahaa..sang penjual cinta semalam xdengar bunyinya 1 hari ini Biarlah, aku bukan potential buyer Perjaka tadi seperti biasa selalu baik pada aku Malangnya hati yang bodoh ini kenapa tak bisa mengalihkan pilihannya Hati tiada mata, yang bakal memerihkan itu juga yang kau pilih Aku ikutkan saja lah Apalah daya Dil kya kare

Wednesday, June 25, 2014

Linglung

Hurmm.. Cane eh..urmm.. Pernah dengar ke kat lagu2 lirik lagu yg puji, puja lelaki, macam xde kan, selalunya describe psl aweks je Pufftt~~ Kalaulah struktur kepala ni diperbuat dari tanah liat, memang dah lama aku hempuk ke dinding Macam patung ballerina kecil dalam music box tu dia menari-nari dalam kotak pemikiran Ya Allah Besar betul dugaan ini, aku terima tanda Kau sayang padaku Dari tingkatan, masa separa baligh lagi sindrom ni merajai Bukannya tidak sakit Ya Allah pabila berhadapan, berusaha berwajah manis dan kononnya selamba sedangkan kalau ditoreh muka ini waktu tu menggunakan 2 bilah pisau toreh yang penoreh getah guna tu sekalipun, percayalah tiada setitik darah pun yang akan menitis kerana teramat nervous Bukannya tidak sakit Ya Allah pabila dia berbisik betul-betul di tepi alur telinga di sebalik kain hijab, di dalam pawagam memberi review filem yang ditonton, suara khasnya berlenggang kangkung menelusuri gegendang telinga ni Bukannya tidak sakit Ya Allah melihat dia disakiti di tempat kerja berkali-kali bukan kerana tidak competent, barangkali bukan itu forte dia atau mungkin orang atasannya yg tidak cemerkap, tidak pandai mengaplikasikan konsep fully utilized, atau mungkin juga dia sudah terlalu selesa, akhirnya terleka dan teraniaya dek manusia jahat yang dengan mudah mengenakannya Bukannya tidak sakit Ya Allah melihat dia meringkuk kesakitan di atas bangku batu kemaren itu, aku hanya duduk membatu di sebelah seperti batu bersurat, bingung bukan kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan, tapi harus selalu berwaspada supaya dia tak perasan apa yang tertanam sangat jauh dalam hati, dan akhirnya hanya mampu menghulurkan makanan yang bukan ruji sebagai alas perut sambil menyentuh perlahan dahinya yang kepanasan Bukannya tidak sakit Ya Allah menyaksikan perjuangan hidupnya, dia tidak tahu apa yang aku tahu apa yang pernah dia harungi dulu, mungkin tidak tahu persis tapi dari pembacaan dari blog walking, hasil kajian itu sangat membantu untuk lebih merasai luka parah di dalam hati dia Dan bukannya tidak sakit Ya Allah harus meletakkan rasa itu sejauh-jauhnya supaya yang terbit, yang terzahir semuanya ikhlas kerana persahabatan dan insyaallah kerana-Mu lillahi ta’ala Itu sangat sakit sebenarnya Ya Allah kerana persahabatan itu sangat baik, sangat dikasihi dengan segenap deria rasa yang ada Boleh ke Ya Allah kalau nak request jaga dia walaupun dah ada Kau dan ummi dia yang jaga dia dengan baik, boleh tak nak merawat luka-luka kecilnya macam nurse, membalut bekas luka-luka besar itu dan memastikan kesihatan 24 jam macamla doctor on call, melindunginya dari disakiti meski bukan superwoman, menyusun barang-barangnya yang kadang-kadang tak tahu di mana tempat letaknya, tapi takkan sesekali usik yang peribadi, please don’t worry, your personal is personal, tagline tu macam dah embossed dalam kepala aku, menyiapkan bekalan makanan 6x sehari termasuk morning and afternoon tea breaks plus supper, no cheese please, makan tengahari harus nasi campur, ingat tu, pencuci mulut jangan ada durian, baiklah, tak handal pun di dapur tapi insyaallah tak kerempeng la anak bujang orang dalam jagaan aku insyaallah. Semuanya kedengaran muluk-muluk belaka tapi “the best partner I ever had” atau mungkin “I believe you’ll make a good mom” itu di antara predikat yang pernah diterima terdahulu mungkin boleh masuk kategori ‘someone you don’t look with 1 eye closed’. Hahh..tinggi betul cita-cita, setinggi aras mata melihat sosoknya. Sangat tenang dan menenangkan dalam situasi paling kelibut sekalipun, mungkin itu kekuatan dari dalam orang tegar yang dah tempuh macam-macam kesusahan hidup. Mata tu, wohh..biji2 mata Arjun Rampal, Johnny Depp, Takuya Kimura pun tak punya persona tu. Mungkin berkat menelaah laman-laman sesawang tentang King of the Jungle itu setiap kali sebelum masuk tidur, tidak pernah gagal sejak di tingkatan, aku diam-diam, pelan-pelan belajar dan berusaha memahami orangnya dan itu bukan kerja mudah. Kadang-kadang terluka tanpa sengaja, terpinggirkan dengan sengaja, ‘self centred’ that’s the key VS jual ikan (selfish). Never ever try to rule/control him, he’ll roarrrrr Banyak yang bagus-bagus tentang orang ni, walaupun kadang-kadang annoying, suka membebel, tak nak layan, wekk. Exhausted kerja yang bertimbun-timbun akan sirna just like that bila dengar suara dia, kalau tengok muka dia takyah cerita la, macam dadah. Yang paling mahal adalah dia sangat true to himself, confident level up in the sky, kadang-kadang ego pun follow sekali gi sky tu, seorang yang sangat tak poyoyoyodandan macam kebanyakan perjaka di luar sana yang sibuk cerita macam good-good dan pamer harta ibu bapa huh, kalau tak tahu straight tanya contohnya nama kedai makan/aiskrim yang dia tak pernah dengar. Maybe bunyi macam bayes but that’s my bestfriend, saya syg dia, pikir dia dulu baru kemudian diri sendiri. Semoga Allah swt sentiasa merahmati dia dan keluarganya, amin, dan semoga abang dia berubah dan mereka berbaik dan mengasihi amin, amin. Note: Kalau suatu hari dia bagitahu “Hey, I’m getting married”, so episode tu akan jadi macam part Kajol kat ladang gandum ke, bawah hujan lebat. Itulah lirik lagu dari album terbaru saya :)